21.4.11

Darah haid jamu makhluk halus

Istana Billah merupakan sebuah kediaman dua tingkat yang telah ditinggalkan beratus tahun dahulu. Dipercayai telah dibina oleh seorang bangsawan dari suku Maidailing, Sumatera, rumah tersebut pernah menjadi lambang senibina yang gah pada tahun 1890-an.
Namun, tidak pernah diketahui apa puncanya ia ditinggalkan begitu sahaja. Hanya buah mulut penduduk setempat yang mengatakan rumah itu berpenunggu membuatkan ramai yang ingin mengetahui kesahihannya.
Bukti Istana Billah suatu tempat yang menyeramkan adalah apabila krew produksi drama Warkah Terakhir yang menjalani penggambaran di situ telah 'diusik' oleh sesuatu.
Kes itu lalu telah mengheret lima pelajar tadi untuk memburu entiti paranormal tersebut. Mereka telah dibekalkan dengan peralatan canggih Kumpulan Seekers bagi merakam bukti menunjukkan Istana Billah benar-benar mempunyai penunggu!
KISAH benar Penunggu Istana bermula daripada keberanian lima orang pelajar yang nekad memburu entiti misteri di Istana Billah.


Mengulas lanjut mengenai penemuan kelima-lima pelajar itu menerusi rakaman yang difilemkan sebagai Penunggu Istana, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios selaku Penerbit Eksekutif, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata: "Perkara yang melibatkan aktiviti paranormal seperti ini adalah subjektif. Ada yang mempercayainya, tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai karut.
"Namun, kita semua akui yang benda halus memang wujud cuma kita tidak dapat melihatnya dengan pandangan mata kasar. Mungkin ada orang yang bercerita mereka pernah melihat lembaga atau entiti halus tetapi sukar untuk menunjukkan buktinya.
"Apa yang pasti, sedar atau tidak kita dapat merasai 'kehadiran' mereka melalui pelbagai perasaan dan situasi. Tujuan kami membongkar kembali rakaman pelajar-pelajar berkenaan semasa mereka melakukan aktiviti paranoramal setahun yang lepas di Istana Billah melalui filem adalah untuk masyarakat menilai sendiri kesahihan penemuan aneh dan misteri yang berjaya dirakamkan itu.
"Tiada sebarang tokok tambah, hanya rakaman sebenar yang dipamerkan. Sama ada mempercayainya atau tidak, terpulang kepada anda kerana inilah sebenarnya berlaku sewaktu mereka di sana."
Menurutnya lagi, keberanian kelima-lima pelajar itu harus diberi pujian kerana jarang ada remaja yang berminat untuk melakukan aktiviti sebegitu.
Namun, mungkinkah ada sesuatu yang memanggil mereka untuk ke sana? Difahamkan pada awalnya mereka bercadang untuk membuat kajian paranormal itu sebagai satu projek universiti mereka.
Setelah mereka berjaya mengesan sesuatu yang aneh semasa berada di Istana Billah, perasaan ingin tahu mereka semakin membuak-buak untuk meneroka lebih jauh. Seperti ada perasaan ketidakpuasan mula menular dalam diri mereka.
Mereka akhirnya bertindak melampaui batas dan mula melanggar pantang larang yang telah dipesan oleh Uncle Seekers.
Mereka mula membakar kemenyan untuk upacara memuja 'penunggu' di situ agar memunculkan diri. Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah menggunakan darah haid salah seorang pelajar perempuan di kalangan mereka, dipercayai untuk menjamu makhluk halus tersebut.
Untuk mengetahui seterusnya apakah yang terjadi kepada kelima-lima pelajar tersebut, segalanya bakal dirungkaikan melalui Penunggu Istana.
sumber: kosmo

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...