10.4.11

Tunjuk Langit

Imej








Nama saintifik buah Tunjuk Langit (TL) ialah Swietenia Macrophyllae. Nama lain - mahagoni, dongak langit, sky fruit, kat Indo mereka panggil buah Suharto atau buah helikopter (kerana bijinya berbentuk mcm bilah kipas apabila gugur dibawa angin berpusing mcm kipas helikopter).

Anatomi pokok: Spesis pokok saka. Tinggi mencapai 25 meter. Batang berkayu bentuk bulat banyak dahan. Daun majmuk menyirip gerap bentuk bundar telur elip ujung dan pangkalnya runcing tepi rata tulang dan urat daun menyirip. Daun muda warna kemerahan apabila tua semakin hijau gelap.

Bunga bentuk malai terdapat diketiak daun warna coklat. Buah sebesar penumbuk org tua bujur berlekuk lima. Bijinya berlapis-lapis mcm bilah kipas siling terdapat kuaci dipangkal.

Biji kuacinya tu le yg berkasiat...dia mengandungi:

1. Flavonoids - enzim semula jadi yg boleh membuka pembuluh darah dan melancar perjalanan darah...menghapus radikal dlm darah...mengurang tahap kdg gula serta menyah kolestrol.

2. Saponins - meningkat daya tahan tubuh...merangsang perembesan insulin dari buah pinggang...mengurang kejang otot...menguatkan tenaga jantan...menghapus toksid.

3. Bitter Alkaloid - rasa pahit...boleh mematikan virus (termasuk virus trojan).

Orang yg jual tunjuk langit ni kata susah dak dapat, hanya ada kat indo dan Papua...tu bohong belaka kerana na jual mahal. Dekat Shah Alam ni pokok Tunjuk Langit besepah. Semasa kerajaan selangor bangunkan Bangi dan Shah Alam dulu pokok TL ni ditanam sebagai pokok lanskap. TL ada disepanjang Lebuh Raya Persekutuan bermula dari persimpangan masuk Sbg Jaya sampai ke Tol Sungai Rasau...di Tasek Shah Alam...Seksyen 17 dkt stesen bas ada gak empat lima batang...paling banyak lebuh raya ke KLIA. Sekarang ni pokok ni dah matang dan mulai berbuah...musim gugur dia pada awal bulan 2 hingga 3 yang lepas...sekarang dah habis...belakang showroom Naza Kia dekat bulatan Goodyear seksyen 15 selalu jumpa Mat Bangla panjat pokok TL ambil buah...jual RM2 sebiji...kalu beli kat stadium mau empat lima puluh sebiji.

Kalu nak cuba makan pegi cari kat situ...taun depan la...sekarang dah habis...kalu nak cari biji dia jangan sekali-kali cari bawah pokok dia...mesti tak jumpa punya...cari jauh-jauh sikit kerana buah ni ditiup angin apabila dia gugur.

Kalau nak makan buah TL ni jangan sangat ikut tunjuk cara pada label dekat botol dia...telan sebiji seminggu...jgn sekali-kali lebih takut mudarat...orang yg jual tu suruh makan 2 hingga 3 biji satu hari kerana demo nak cepat kaya.

Kata orang tua-tua paling mujarab kita kunyah kuaci dia...tapi pahit ya amat...tapi ingat satu kuaci saja seminggu...




Antara khasiat-khasiat yang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-
  1. Anti-penuaan
  2. Kekejangan otot
  3. Alahan kulit / Psoriasis
  4. Kurang Bertenaga / Keletihan
  5. Asma / Alahan Pernafasan
  6. Masalah Tidur
  7. Barah / Ketumbuhan
  8. Penyakit Jantung
  9. Gout / Artritis / Gastrik
  10. Penyakit Hati
  11. Haid dan Keputihan
  12. Resdung / migrain
  13. Hubungan Kelamin Strok
  14. Kolestrol tinggi
  15. Sembelit / Buasir
  16. Kencing manis
  17. Tekanan darah tinggi
  18. Kegemukan Tekanan darah rendah
  19. Kesuburan
  20. Tulang Belakang
sumber dari internet

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...